- "Hikmah mengapa Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam tidak dilahirkan di bulan-bulan yang mulia atau pada malam yang mulia yang telah Allah Subhanahu wa Taala istimewakan seperti bulan-bulan haram atau bulan ramadhan atau malam-malam yang mulia lainnya?
Jawapannya tidak lain, kerana masa dan waktu menjadi mulia berkat Baginda Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam. Begitu juga segala sesuatu yang ada di alam semesta ini semuanya menjadi mulia berkat Baginda Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam.
Jadi apapun yang terhubung dengan Baginda Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam, pasti menjadi mulia. Hal itu kerana kemuliaan yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam"
[Imam Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Assegaf Rahimahullah Taala]
No comments:
Post a Comment