Thursday, December 15, 2016

Baik Sangka

BAIK SANGKA

Talhah bin Abdurahman bin Auf adalah orang yang paling pemurah di zamannya.

Suatu ketika isteri beliau berkata: "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih buruk daripada sahabat-sahabatmu. Jika engkau kaya, mereka selalu datang bertandang. Jika engkau miskin, mereka terus meninggalkan dirimu.

Talhah menjawab: "Demi Allah, sebaliknya itu tanda kebaikan mereka kepada kita. Mereka bertandang di saat kita mampu memuliakan mereka. Mereka menjauh di saat kita tidak mampu memuliakan mereka."

Imam al-Mawardi berkata: "Lihatlah bagaimana beliau memaknai perbuatan buruk dengan tafsiran yang baik kerana kebersihan hatinya. Kebersihan hati akan memberikan kerehatan di dalam hati."

No comments:

Post a Comment